Info Terkini: Beonpush akaun sudah boleh dibeli sekarang! Whatsapp 0102074091

Wednesday, 29 June 2016

Hikam alghazali 2

HIKAM AL-GHAZALI (Bah.2)
Sambungan Syarah Hikam no.1
Sampai pula kita ke zaman titian. Entah berapa ribu berapa juta tahun pula di atasnya.
“Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) agar azab itu disegerakan. Padahal Allah tidak akan memungkiri janjiNya. Dan sesungguhnya sehari di sisi Rabbmu adalah seperti 1,000 tahun menurut kiraan kamu.” (Al-Hajj : 47)
Sekarang kita sudah boleh menjawab sendiri, apakah perjalanan itu dekat ataupun jauh.
Bagaimana usaha kita selaku hamba untuk melalui setiap hentian itu dengan jayanya? Bak kata guru-guru tua, tentunya dengan menggunakan ‘Ilmu Penahan Api Neraka’!
Apakah Ilmu Penahan Api Neraka itu? Iaitu melakukan segala suruhan Tuhan dan meninggalkan segala laranganNya. Inilah Ilmu Penahan Api Neraka. Dengan ilmu ini, insya-Allah kita akan dapat melewati kesemua hentian itu dengan lancar.
“Perbekalan itu sedikit.”
Sediakanlah bekalan untuk hidup di dunia, sepadan dengan usia kita di dunia. Juga sediakanlah bekalan untuk hidup di akhirat, sepadan dengan kekalnya kita di sana. Namun rata-rata manusia dan jin sibuk membuat perbekalan untuk hidup di dunia yang sebentar ini, dan hanya buat perbekalan yang memang sangat tidak cukup untuk hidup di akhirat yang selama-lamanya itu.
“Dan tidaklah kehidupan di dunia itu selain daripada permainan dan senda-gurau sahaja, dan sesungguhnya negeri akhirat itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu faham?” ( Al-An’am : 32)
“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa apabila dikatakan kepada kamu : “Berangkatlah pada jalan Allah”, kamu berasa berat dan ingin tinggal di tempat kamu? Adakah kamu berpuas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat, padahal kehidupan di dunia ini (dibandingkan dengan) di akhirat hanyalah sedikit?” (At-Taubah : 38)
Maha Pemurahnya Allah terhadap kita! Dia Maha Mengetahui bahawa tempoh masa kita hidup di dunia ini sangat pendek, sedangkan perbekalan yang mahu disiapkan itu bakal digunakan untuk selama-lamanya. Mana mungkin dalam tempoh 60 ke 80 tahun di dunia ini dapat kita sediakan perbekalan untuk makan minum, tempat perlindungan dan pakaian di alam yang selama-lamanya! Untuk sejuta tahun punya perbekalan sahaja pun mustahil dapat kita sediakan, apatah lagi untuk selama-lamanya.
Atas dasar itulah, Dia Yang Maha Pengasih dan Penyayang menganugerahkan kepada kita fadhail ‘amal (kelebihan-kelebihan beramal). Kita buat kebajikan sedikit, tapi dibayar dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.
Lihatlah betapa besarnya ganjaran melakukan kebaikan, Malam Al-Qadar, mengeluarkan harta pada jalan agama, berpuasa enam hari pada bulan Syawal, dan sebagainya.
“Barangsiapa melakukan kebaikan, mendapat balasan sepuluh kali ganda amalannya. Dan barangsiapa melakukan kejahatan, dibalas setimpal dengan kejahatannya. Mereka sedikitpun tidak dizalimi.” (Al-An’am : 160)
“Malam Al-Qadar itu lebih baik daripada 1,000 bulan.” (Al-Qadr : 3)
“Perumpamaan orang yang mengeluarkan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkainya ada serratus biji. Allah menggandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah : 262)
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti enam hari pada bulan Syawal, dia seolah-olah telah berpuasa sepanjang masa.” (Muslim)
“Barangsiapa yang solat Isya’ berjemaah seumpama mendirikan separuh malam, dan barangsiapa yang solat Subuh berjemaah seumpama mendirikan seluruh malam.” (Muslim)
Dari segi pertimbangan akal fikiran, nampak seakan-akan tidak sepadan ganjaran-ganjaran yang dikurniakan Allah berbanding usaha yang kita buat. Tidakkah terang-benderang lagi betapa besarnya rahmat dan kasih sayang Allah kepada kita? Walaupun waktu yang diberikan-Nya kepada kita sekadar puluhan tahun, tetapi kita sangat berpeluang untuk mengumpulkan bekalan untuk hidup di alam yang selama-lamanya itu, iaitu alam akhirat. Alhamdulillah, syukur……
“Bahaya itu besar.”
Salah satu faktor dikatakan bahaya itu besar kerana proses yang bakal kita lalui adalah sangat panjang. Dari sekarang sampailah ke destinasi

No comments:

Post a Comment