Info Terkini: Beonpush akaun sudah boleh dibeli sekarang! Whatsapp 0102074091

Wednesday, 29 June 2016

Hikam al ghazali

🍓HIKAM AL-GHAZALI
Syarah Hikam Al-Ghazali no. 1
Akhirat itu di hadapan.
Dunia itu di belakang.
Ajal itu dekat.
Perjalanan itu jauh.
Perbekalan itu sedikit.
Bahaya itu besar.
Dan jalan itu tertutup.
SYARAH
“Akhirat itu di hadapan, dunia itu di belakang.”
Sekarang kita berada di alam dunia. Kemudian setiap daripada kita akan mengalami kematian. Ketika mati, kita ditempatkan buat sementara waktu di suatu alam yang dinamakan alam barzakh atau disebut juga sebagai alam kubur. Alam barzakh ini merupakan pemisah, pembatas, sekatan, dinding, sekaligus jambatan antara alam duniawi dengan alam akhirat. Alam barzakh ialah satu lokasi ghaib dan juga satu jarak masa. Ringkasnya alam barzakh ialah suatu keadaan yang akan dialami oleh seseorang ketika mati sehinggalah dibangkitkan semula di akhirat nanti.
“Hingga apabila kematian tiba ke atas seorang daripada mereka, dia berkata : “Wahai Rabbku, kembalikanlah aku (hidup di dunia). Agar aku dapat berbuat kebaikan yang telah aku tinggalkan.” Sekali-kali tidak! Sesungguhnya itu adalah alasan yang di ucapkannya sahaja. Di hadapan mereka ada barzakh (dinding) sehinggalah hari mereka dibangkitkan.” (Al-Mu’minun : 100)
Akhirat ialah alam terakhir yang akan dihuni oleh manusia dan jin. Disebut juga sebagai alam paling kemudian. Alam akhirat merupakan alam paling kemudian yang bakal kita pergi. Di alam akhirat inilah ada himpunan di Mahsyar, timbangan amal, kolam Nabi Muhammad saw, titian, syurga, neraka dan sebagainya.
“Kebaikan itu bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan ke arah barat, tetapi kebaikan itu ialah orang yang beriman kepada Allah, hari akhirat, para malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi, ……… ” (Al-Baqarah : 177)
“Iaitu engkau beriman (percaya) kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari akhir, dan engkau beriman akan takdir yang baik ataupun yang buruk.” (Bukhari & Muslim)
Ambillah iktibar daripada kisah ini.
Orang-orang yang masih berlengah dan berasakan ajalnya masih jauh, adalah orang-orang yang tertipu dengan dunia. Orang-orang seperti itu apabila tiba-tiba sampai ajalnya, keluar nyawanya jadi sukar. Hal ini kerana mereka tidak bersedia untuk melepaskan nyawa sedangkan malaikat sedang menariknya. Sebab itulah keadaan mati mereka kelihatan azab, sehinggakan ada yang tenat dalam tempoh yang sangat lama, ada yang terlompat-lompat tubuhnya di pembaringan, yang menjerit-jerit dan sebagainya.
“Datanglah sakaratulmaut dengan sebenar-benarnya. Itulah dahulu yang kamu mahu hindari.” (Qaf : 19)
“Kematian yang paling ringan adalah seperti sebatang pohon penuh duri yang menancap pada selembar kain sutera. Bolehkah batang pohon berduri itu diambil tanpa membawa bahagian kain sutera yang terobek?” (Bukhari)
Sebaliknya bagi orang-orang yang sentiasa membuat persediaan, apatah lagi yang cinta untuk bertemu dengan Tuhannya, mati mereka kelihatan licin dan tenang. Hal ini adalah kerana mereka dengan senang hati melepaskan nyawa mereka. Inilah golongan yang meyakini bahawa ajal itu dekat. Biasa kita dengar keadaan orang-orang yang mati dalam keadaan tersenyum, dalam keadaan tenang, dalam keadaan dia kelihatan tahu nyawanya akan habis sebentar lagi, dan sebagainya.
“Yang banyak ingat akan mati dan yang lebih kuat buat persediaan untuk itu. Merekalah orang-orang yang pintar, yang pergi dengan kemuliaan dunia dan kehormatan akhirat.” (Ibnu Majah)
Sebanyak mana kita mencintai dunia, sebanyak itulah kesukaran kita untuk melepaskan nyawa ketika Malaikat Maut tiba. Lagi kurang kita mencintai dunia, lagi mudah kita melepaskannya ketika sakaratul maut.
Orang-orang yang payah untuk melepaskan nyawanya biasanya kerana hatinya masih terpaut, kasih sayang dan rindu dendam akan rumahnya yang selesa, hartanya di sini dan di sana, jawatan dan kedudukannya yang mulia, gaji bulanannya yang besar, wang simpanannya yang akan tidak dapat digunakannya lagi, kenderaan-kenderaan selesa miliknya selama ini, kebun dan ladang, tanah dan bangunan, kemasyhuran yang dikecapinya selama ini, dan pelbagai lagi yang bakal ditingalkannya buat selama-lamanya sebentar sahaja lagi, yang akan terlepas ke.....bersambong

No comments:

Post a Comment