DOA LAILATUL QADR
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Ya Allah, seandainya malam ini malam Lailatul Qadr, agihkanlah kepadaku bahagian rahmat pemberianMu yang terbaik. Akhiri penghujung Ramadhanku dengan imbuhan yang terbaik. Tamatkan tempohku – bersama Ramadhan - dengan kesejahteraan dan kebahagiaan seperti yang dikecapi oleh orang yang baik-baik.
Ya Allah masukkan namaku dalam senarai mereka yang berbahagia, himpunkan ruhku dengan ruh para syuhada. Himpunkan segala kebaikanku dengan kebaikan orang kenamaan di sisiMu, manakala kejahatanku semuanya Engkau ampunkan.
Ya Allah, bukakan kepadaku pintu kebaikan malam ini sebagaimana engkau bukakan kepada para wali, orang orang yang soleh dan para ahli ibadat. Janganlah Engkau tutup pintu itu bagiku. Kurniakan kepadaku rezki-Mu yang baik serta halal sebagai penyelamat dan pendinding dari kefakiran
Ya Allah anugerahkanlah kepadaku, pada malam yang berkat ini segala kebaikan,keselamatan,kesihatan, keamanan dan rezki yang lapang dan lumayan.Hindarkanlah dirikan dari segala bentuk kecelakaan, bencana, keburukan yang telah Engkau takdirkan bagi diriku atau bagi seluruh kaum muslimin yang lain.
Ya Allah, terimalah segala zikir, syukur dan penghargaanku kepadaMu. Terimalah Ya Allah, dengan lapang dadaMu. Sebaliknya maaf dan ampunkanlah segala ketelanjuran, kecuaian dan kelemahan diriku; dengan keluasan rahmatMu Ya Arhamar Rahimin
Ya Allah limpahi daku dengan habuan kurniaMu ,jadikan diriku dari kalangan para wali-Mu.Jadikan saat dan malam ini bagiku lebih baik dari seribu bulan dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda dengan limpahan kurniaMu.YA Allah, jangan engkau akhiri malam ini bagiku melainkan segala dosaku sudah terampun, segala ibadat dan usahaku Engkau hargai, segala amalku Engkau terima, perniagaanku terus untung dan tidak membawa kerugiaan, segala penyakit didadaku sembuh dan aku sempat bertaubat kepadamu dengan tulus ikhlas di hadhrat wajahMu yang memiliki segala kebesaran
Ya Allah, bebas dan lepaskanlah diriku, keluargaku, zuriat dan cucu cicitku, serta kaum muslimin amnya dari seksa api neraka . YA Allah takdirkanlah kami – pada malam ini- menjadi para hamba-Mu yang apabila Engkau lihat kepada kami Engkau kasihani kami. Apabila Engkau dengar rintihan doa kami , engkau terus perkenankan serta makbulkan permohonan kami .
Ya Allah, pada malam Lailatul Qadr dan demi rahsia , kemuliaan serta keberkatannya, kami memohon agar Engkau perkenankan segala doaku, makbulkan segala hajat dan permohonanku,wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah.
Selawat dan salam untuk penghulu kami Saidina Muhammad, serta seluruh keluarga dan sahabat baginda semuanya."
اللهم آمين يا رب العالمين
Thursday, 30 June 2016
Doa mlm ramadan
Wednesday, 29 June 2016
Hikam alghazali 2
HIKAM AL-GHAZALI (Bah.2)
Sambungan Syarah Hikam no.1
Sampai pula kita ke zaman titian. Entah berapa ribu berapa juta tahun pula di atasnya.
“Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) agar azab itu disegerakan. Padahal Allah tidak akan memungkiri janjiNya. Dan sesungguhnya sehari di sisi Rabbmu adalah seperti 1,000 tahun menurut kiraan kamu.” (Al-Hajj : 47)
Sekarang kita sudah boleh menjawab sendiri, apakah perjalanan itu dekat ataupun jauh.
Bagaimana usaha kita selaku hamba untuk melalui setiap hentian itu dengan jayanya? Bak kata guru-guru tua, tentunya dengan menggunakan ‘Ilmu Penahan Api Neraka’!
Apakah Ilmu Penahan Api Neraka itu? Iaitu melakukan segala suruhan Tuhan dan meninggalkan segala laranganNya. Inilah Ilmu Penahan Api Neraka. Dengan ilmu ini, insya-Allah kita akan dapat melewati kesemua hentian itu dengan lancar.
“Perbekalan itu sedikit.”
Sediakanlah bekalan untuk hidup di dunia, sepadan dengan usia kita di dunia. Juga sediakanlah bekalan untuk hidup di akhirat, sepadan dengan kekalnya kita di sana. Namun rata-rata manusia dan jin sibuk membuat perbekalan untuk hidup di dunia yang sebentar ini, dan hanya buat perbekalan yang memang sangat tidak cukup untuk hidup di akhirat yang selama-lamanya itu.
“Dan tidaklah kehidupan di dunia itu selain daripada permainan dan senda-gurau sahaja, dan sesungguhnya negeri akhirat itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu faham?” ( Al-An’am : 32)
“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa apabila dikatakan kepada kamu : “Berangkatlah pada jalan Allah”, kamu berasa berat dan ingin tinggal di tempat kamu? Adakah kamu berpuas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat, padahal kehidupan di dunia ini (dibandingkan dengan) di akhirat hanyalah sedikit?” (At-Taubah : 38)
Maha Pemurahnya Allah terhadap kita! Dia Maha Mengetahui bahawa tempoh masa kita hidup di dunia ini sangat pendek, sedangkan perbekalan yang mahu disiapkan itu bakal digunakan untuk selama-lamanya. Mana mungkin dalam tempoh 60 ke 80 tahun di dunia ini dapat kita sediakan perbekalan untuk makan minum, tempat perlindungan dan pakaian di alam yang selama-lamanya! Untuk sejuta tahun punya perbekalan sahaja pun mustahil dapat kita sediakan, apatah lagi untuk selama-lamanya.
Atas dasar itulah, Dia Yang Maha Pengasih dan Penyayang menganugerahkan kepada kita fadhail ‘amal (kelebihan-kelebihan beramal). Kita buat kebajikan sedikit, tapi dibayar dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.
Lihatlah betapa besarnya ganjaran melakukan kebaikan, Malam Al-Qadar, mengeluarkan harta pada jalan agama, berpuasa enam hari pada bulan Syawal, dan sebagainya.
“Barangsiapa melakukan kebaikan, mendapat balasan sepuluh kali ganda amalannya. Dan barangsiapa melakukan kejahatan, dibalas setimpal dengan kejahatannya. Mereka sedikitpun tidak dizalimi.” (Al-An’am : 160)
“Malam Al-Qadar itu lebih baik daripada 1,000 bulan.” (Al-Qadr : 3)
“Perumpamaan orang yang mengeluarkan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkainya ada serratus biji. Allah menggandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah : 262)
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti enam hari pada bulan Syawal, dia seolah-olah telah berpuasa sepanjang masa.” (Muslim)
“Barangsiapa yang solat Isya’ berjemaah seumpama mendirikan separuh malam, dan barangsiapa yang solat Subuh berjemaah seumpama mendirikan seluruh malam.” (Muslim)
Dari segi pertimbangan akal fikiran, nampak seakan-akan tidak sepadan ganjaran-ganjaran yang dikurniakan Allah berbanding usaha yang kita buat. Tidakkah terang-benderang lagi betapa besarnya rahmat dan kasih sayang Allah kepada kita? Walaupun waktu yang diberikan-Nya kepada kita sekadar puluhan tahun, tetapi kita sangat berpeluang untuk mengumpulkan bekalan untuk hidup di alam yang selama-lamanya itu, iaitu alam akhirat. Alhamdulillah, syukur……
“Bahaya itu besar.”
Salah satu faktor dikatakan bahaya itu besar kerana proses yang bakal kita lalui adalah sangat panjang. Dari sekarang sampailah ke destinasi
Hikam al ghazali
🍓HIKAM AL-GHAZALI
Syarah Hikam Al-Ghazali no. 1
Akhirat itu di hadapan.
Dunia itu di belakang.
Ajal itu dekat.
Perjalanan itu jauh.
Perbekalan itu sedikit.
Bahaya itu besar.
Dan jalan itu tertutup.
SYARAH
“Akhirat itu di hadapan, dunia itu di belakang.”
Sekarang kita berada di alam dunia. Kemudian setiap daripada kita akan mengalami kematian. Ketika mati, kita ditempatkan buat sementara waktu di suatu alam yang dinamakan alam barzakh atau disebut juga sebagai alam kubur. Alam barzakh ini merupakan pemisah, pembatas, sekatan, dinding, sekaligus jambatan antara alam duniawi dengan alam akhirat. Alam barzakh ialah satu lokasi ghaib dan juga satu jarak masa. Ringkasnya alam barzakh ialah suatu keadaan yang akan dialami oleh seseorang ketika mati sehinggalah dibangkitkan semula di akhirat nanti.
“Hingga apabila kematian tiba ke atas seorang daripada mereka, dia berkata : “Wahai Rabbku, kembalikanlah aku (hidup di dunia). Agar aku dapat berbuat kebaikan yang telah aku tinggalkan.” Sekali-kali tidak! Sesungguhnya itu adalah alasan yang di ucapkannya sahaja. Di hadapan mereka ada barzakh (dinding) sehinggalah hari mereka dibangkitkan.” (Al-Mu’minun : 100)
Akhirat ialah alam terakhir yang akan dihuni oleh manusia dan jin. Disebut juga sebagai alam paling kemudian. Alam akhirat merupakan alam paling kemudian yang bakal kita pergi. Di alam akhirat inilah ada himpunan di Mahsyar, timbangan amal, kolam Nabi Muhammad saw, titian, syurga, neraka dan sebagainya.
“Kebaikan itu bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan ke arah barat, tetapi kebaikan itu ialah orang yang beriman kepada Allah, hari akhirat, para malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi, ……… ” (Al-Baqarah : 177)
“Iaitu engkau beriman (percaya) kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari akhir, dan engkau beriman akan takdir yang baik ataupun yang buruk.” (Bukhari & Muslim)
Ambillah iktibar daripada kisah ini.
Orang-orang yang masih berlengah dan berasakan ajalnya masih jauh, adalah orang-orang yang tertipu dengan dunia. Orang-orang seperti itu apabila tiba-tiba sampai ajalnya, keluar nyawanya jadi sukar. Hal ini kerana mereka tidak bersedia untuk melepaskan nyawa sedangkan malaikat sedang menariknya. Sebab itulah keadaan mati mereka kelihatan azab, sehinggakan ada yang tenat dalam tempoh yang sangat lama, ada yang terlompat-lompat tubuhnya di pembaringan, yang menjerit-jerit dan sebagainya.
“Datanglah sakaratulmaut dengan sebenar-benarnya. Itulah dahulu yang kamu mahu hindari.” (Qaf : 19)
“Kematian yang paling ringan adalah seperti sebatang pohon penuh duri yang menancap pada selembar kain sutera. Bolehkah batang pohon berduri itu diambil tanpa membawa bahagian kain sutera yang terobek?” (Bukhari)
Sebaliknya bagi orang-orang yang sentiasa membuat persediaan, apatah lagi yang cinta untuk bertemu dengan Tuhannya, mati mereka kelihatan licin dan tenang. Hal ini adalah kerana mereka dengan senang hati melepaskan nyawa mereka. Inilah golongan yang meyakini bahawa ajal itu dekat. Biasa kita dengar keadaan orang-orang yang mati dalam keadaan tersenyum, dalam keadaan tenang, dalam keadaan dia kelihatan tahu nyawanya akan habis sebentar lagi, dan sebagainya.
“Yang banyak ingat akan mati dan yang lebih kuat buat persediaan untuk itu. Merekalah orang-orang yang pintar, yang pergi dengan kemuliaan dunia dan kehormatan akhirat.” (Ibnu Majah)
Sebanyak mana kita mencintai dunia, sebanyak itulah kesukaran kita untuk melepaskan nyawa ketika Malaikat Maut tiba. Lagi kurang kita mencintai dunia, lagi mudah kita melepaskannya ketika sakaratul maut.
Orang-orang yang payah untuk melepaskan nyawanya biasanya kerana hatinya masih terpaut, kasih sayang dan rindu dendam akan rumahnya yang selesa, hartanya di sini dan di sana, jawatan dan kedudukannya yang mulia, gaji bulanannya yang besar, wang simpanannya yang akan tidak dapat digunakannya lagi, kenderaan-kenderaan selesa miliknya selama ini, kebun dan ladang, tanah dan bangunan, kemasyhuran yang dikecapinya selama ini, dan pelbagai lagi yang bakal ditingalkannya buat selama-lamanya sebentar sahaja lagi, yang akan terlepas ke.....bersambong
Monday, 13 June 2016
Bersama ramadan 2016 dengan Syriacare
Di Sinar Harian hari ini.
Ahad.
12 Jun 2016.
Anda masih boleh menyumbang bagi Kempen Ramadan Al-Khair. Di bawah saya sertakan nombor akaun SYRIA CARE.
CIMB 8601 8945 60
Maybank 5621 0665 3575
RHB 2622 5000 0217 75
Wednesday, 8 June 2016
God Exist! Nak dengar cakap rasul atau saintis?
http://ageac.org/en/multimedia/scientist-says-he-found-definitive-proof-that-god-exists-2/
Scientist says he found definitive proof that God exists.

One of the most respected scientists of today says he has found evidence of the action of a force "that governs everything."
The theoretical physicist Michio Kaku claims to have developed a theory that might point to the existence of God. The information has created a great stir in the scientific community because Kaku is considered one of the most important scientists of our times, one of the creators and developers of the revolutionary String Theory which is highly respected throughout the world.
To to come to his conclusions, the physicist made use of what he calls “primitive semi – radius tachyons “.
Tachyons are theoretical particles capable to “unstick ” the Universe matter or vacuum space between matter particles, leaving everything free from the influences of the surrounding universe.
After conducting the tests, Kaku came to the conclusion that we live in a “Matrix”.
“I have concluded that we are in a world made by rules created by an intelligence”, he affirmed. “Believe me, everything that we call chance today won’t make sense anymore.”
“To me it is clear that we exists in a plan which is governed by rules that were created, shaped by a universal intelligence and not by chance.”
Sunday, 5 June 2016
Pengenalan Ringkas Mengenai Pelaburan RTB
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.
SELAMAT DATANG KE BEONPUSH
Peluang Bisnes TERBARU !!
Real Company!
Real Bisnes!
Real Global!
Peluang Mudah Jana Pendapatan Lumayan Dengan MUDAH!!
Pakej2 HEBAT.
1- 100 usd / RM460
2- 200 usd / RM920
3- 500 usd / RM2,300
4- 1000 usd / RM4,600
6- 5000 usd / RM23,000
✅Bonus/pasif income Daily 1% - 2% hari-hari sampai 130% untung walaupun dok diam2 ..terbaik!
Bonus Tajaan :
level 1 : 13% Dari Pakej Yg DiTaja dan Level level 2 : 2%
💸Bonus sponsor 13%
💵PAKEJ JUTAWAN BEON PUSH
💥 100 usd - $ 13
💥 500 usd - $ 65
💥1000 usd - $ 130
💥5000 usd - $ 650
💵 Bonus 2 level : 2%
✅A sponsor B = A 💰 13%
✅B sponsor C = A 💰 2 %
💥 100 usd - $ 2
💥 500 usd - $ 10
💥1000 usd - $ 20
💥5000 usd - $ 50
Bonus Pasangan
10% max sehari = 2000 usd
Kaki besar c/fwd
Daftar rate 4.6
Withdraw 4.3
Cara Cairan Bonus2:
1. Min Withdraw 2 Usd Setiap hari
2. Register member
3. Transfer member to member
4. Payza or payeer ( cth : netteller/paypal )
Maklumat Lanjut :-
FREE REGISTER
https://www.beonpush.pro/s/wowappzeddin
🌎Wassup : 0102074091
📲
✅Anda buat anda dapat
✅Anda dapat anda berjaya
✅Anda berjaya anda suka
✅Anda suka anda bijaksana
✅GEMPUR SAMPAI JADI
✅Anda adalah PIONEER MALAYSIA
✅1 taja 2 orang
✅duplikasi sahaja
✅2000 usd sehari ❌ 30 Hari
✅kira senddiri laa 💨💨💵💵
SERTAI KAMI SEKARANG !!
REBUT PELUANG MENJADI USAHAWAN BERJAYA!
Ayuh dapatkan USD308,000
One Shot investment USD5100
Tak perlu menaja
Tak perlu jual barang
Gunakan duit jualan barang terpakai
Gunakan duit simpanan d ASB
Gunakan duit bil utiliti
Gunakan simpanan duit gaji setiap bulan 40%
Tak perlu buat loan
Untuk nikmati USD setiap hari.
Untuk melancong.
Untuk bantu Syria Gaza dan saudara kita
Untuk tempoh jangkamasa 3 tahun.
Hanya untuk mereka yang mencari peluang dapat pasif income tanpa perlu bayar GST dan Cukai pendapatan.
Semuanya Real Company
Semuanya Real Profit
Semuanya mudah dan simpel dengan formula saya.
Semuanya Real Money
Ayuh dapatkan imbuhan USD50,000
One Shot investment USD1100
Tak perlu menaja
Tak perlu jual barang
Gunakan duit jualan barang terpakai
Gunakan duit simpanan d ASB
Gunakan duit bil utiliti
Gunakan simpanan duit gaji setiap bulan 40%
Tak perlu buat loan
Untuk nikmati USD setiap hari.
Untuk melancong.
Untuk bantu Syria Gaza dan saudara kita
Untuk tempoh jangkamasa 3 tahun.
Hanya untuk mereka yang mencari peluang dapat pasif income tanpa perlu bayar GST dan Cukai pendapatan.
Semuanya Real Company
Semuanya Real Profit
Semuanya mudah dan simpel dengan formula saya.
Semuanya Real Money
Saturday, 4 June 2016
Sejarah keislaman sunan bonang
I Ziarah Sunan Bonang – Melakar Kesufian dalam Kesenian I
Rabu (1 Jun2016), angah teruskan perjalanan menziarah beberapa makam. Cuma pada tulisan kali ini, angah mahu berkongsi pengalaman ziarah makam Sunan Bonang. Siapakah Sunan Bonang?
Sunan Bonang adalah putera Sunan Ampel dan saudara kandung Sunan Drajat. Menurut kajian Lembaga Research dan Survey IAIN Walisanga, Semarang (1982:IX) Ibunya adalah Puteri Raja Brawijaya iaitu Dewi Candrawati, juga dikenali Nyi Ageng Malaka. Sunan Bonang adalah murid kesayangan Sultanul Ariffin Syeikh Ismail, Pulau Besar, Melaka.
Sunan Bonang atau nama sebenarnya Sayyid Makhdum Ibrahim (Sunan Bonang) ibni Sayyid Maulana Rahmatullah/Raden Rahmat/Sunan Ampel ibni Sayyid Ibrahim Asmoro ibni Sayyid Hussein Jamadil Kubro. Nasab beliau bersambung kepada Rasulullah s.a.w.
Sunan Bonang mendapat pendidikan dan tarbiyah dari ayahadanya (Sunan Ampel) bersama Sunan Giri. Kemudian, Ayahandanya menghantar Sunan Bonang ke Negeri Pasai. Di sana Sunan Bonang menuntut ilmu dengan Maulana Ishak ayah kandung Raden Paku atau Sunan Giri. Maulana Ishak terkenal dengan gaya sebagai pendakwah yang menghantar rombongan dakwah di sekitar Nusantara.
Beliau juga pernah melakukan kunjungan ke Pulau Besar bersama murid-muridnya serta anak-anaknya untuk menuntut ilmu dan menyambung sanad ilmu dengan Sultanul Ariffin Syeikh Ismail Al-Jailani. Bersama Raden Paku, Sunan Bonang juga belajar pada sejumlah Ulama besar yang banyak menetap dan mengajar di Pasai, seperti ulama ahli tasawuf dari Baghdad, Mesir, dan Iran.
Pulang dari menuntut ilmu, Sunan Bonang diminta Ayahandanya (Sunan Ampel) berdakwah di Tuban, Pati, Pulau Madura, dan Pulau Bawean di utara Pulau Jawa. Seperti keadaan Raden Paku atau Sunan Giri, yang mendirikan pesantren di Gresik, Sunan Bonang juga mendirikan pesantren di Tuban.
Dalam berdakwah, Sunan Bonang kerap menggunakan kesenian rakyat untuk menarik simpati masyarakat, antara lain dengan menggunakan gamelan Bonang. Bila dipukul dengan kayu lunak, bonang itu melantunkan bunyi yang merdu. Bila Sunan Bonang sendiri yang menabuhnya, gaung sang bonang sangat menyentuh hati para pendengarnya.
Masyarakat yang mendengarnya berbondong-bondong datang ke masjid. Sunan Bonang lalu menerjemahkan makna tembangnya. Karena kekuatan suaranya itu pula, Sunan Bonang juga mendapat julukan lain: Sang Mahamuni. Tembang atau lagu itu berisi ajaran Islam, sehingga tanpa sengaja mereka telah diberi penghayatan baru.
Berikut ialah contoh tembang (lagu)yang bertajuk ‘Tombo Ati’
Tamba ati iku lima sak warnane
Maca Qur'an angen-angen sak maknane
Kaping pindo, sholat wengi lakonana
Kaping telu, wong kang soleh kencanana
Kaping papat kudu wetheng ingkang luwe
Kaping lima dzikir wengi ingkang suwe
Menurut tembang ini, ada lima jenis 'penawar hati', atau pengubat jiwa yang 'sakit'. Yakni membaca Al-Quran, mengerjakan salat tahajud, bersahabat dengan orang saleh, berzikir, dan hidup prihatin.
Lagu ini telah dipopularkan Opick dengan judul 'Tombo Ati". Boleh dengar di Youtube.
Dalam menyebarkan ajaran Islam, Sunan Bonang tokoh yang sangat dihormati di kalangan para anggota Wali Songo menggunakan sejumlah kitab, antara lain Ihya Ulumuddin dari Imam al-Ghazali, tulisan Abu Yazid Al-Busthami dan Syeikh Abdul Qadir Jailani. Ajaran Sunang Bonang, menurut kajian JGH Gunning dan BJO Schrieke, memuatkan tiga tiang agama: tasawuf, ussuludin, dan fikh.
Ajaran tasawuf, misalnya, menurut versi Sunan Bonang menjadi penting karena menunjukkan bagaimana orang Islam menjalani kehidupan dengan kesungguhan dan kecintaannya kepada Allah. Para penganut Islam harus menjalankan misalnya, solat, berpuasa, dan membayar zakat. Selain itu, manusia harus menjauhi tiga musuh utama: dunia, hawa nafsu, dan syaitan.
Untuk menghindari ketiga 'musuh' itu, manusia dianjurkan jangan banyak berbicara, bersikap rendah hati, tidak mudah putus asa, dan bersyukur atas nikmat Allah. Sebaliknya, manusia harus menjauhi sikap dengki, sombong, serakah, serta gila pangkat dan kehormatan. Menurut kajian Gunning dan Schrieke, naskah ajaran Sunan Bonang merupakan naskah Wali Songo yang lebih lengkap.
<<Kitab Sunan Bonang>>
Sunan Bonang memiliki beberapa karya yang saat ini masih ada. Karya-karya beliau menjadi rujukan para sejarahwan untuk mengkaji latar belakang pemikiran dan sejarah Islam di period Wali Songo. Salah satu karya beliau yang masyhur adalah karya sastera sufi yang berjudul Suluk Wujil. Kitab ini telah ditemukan di perpustakaan Universiti Leiden, Belanda. banyak lagi karya Sunan Bonang antaranya ialah Suluk Khalifah, Suluk Bentur, Suluk Jebeng, dan Gita Suluk Ing Aewuh.
Dalam Suluk Khalifah, Sunan Bonang menceritakan peihal para wali di Jawa, pengalaman mereka mengajar Islam kepada orang Hindu, dan juga pengalamannya selama belajar di Pasai.
Suluk Bentur ditulis dalam (lagu) tembang wirangrong. Dalam suluk ini, Sunan Bonang menggambarkan jalan yang ditempuh para sufi sehingga mencapai fana, dan baqa’.
Suluk Jebeng ditulis dalam (puisi) pupuh dandanggula. Dimulai dengan perbicaraan mengenai wujud manusia sebagai khalifah Tuhan di bumi dan huraian bahawa manusia merupakan gambaran-Nya. Menurut Sunan Bonang, ''Puncak ilmu yang sempurna seperti api berkobar. Yang tampak hanya bara dan nyalanya, kilatan cahaya dan asap yang menyeliputinya.'' Untuk mengetahui hakikat kewujudan, ''Kenali apa yang ada sebelum api menyala dan apa yang tinggal sesudah api padam.'' Perkataan Sunan Bonang yang menarik dalam suluk ini: ''Jangan meninggalkan diri, berlindunglah kepada-Nya. Ketahulahi, tempat tinggal jasad yang sebenarnya ialah ruh. Jangan bertanya. Jangan memuja nabi dan wali. Jangan kau mengaku Tuhan. Jangan berkata tidak ada padahal ada. Baik diam. Jangan digoncang kebingungan.''
Suluk Regol ditulis dalam pupuh (puisi) asmaradana. Regol ertinya gapura, bentuknya menyerupai gabungan kata la (tidak) dan lam dalam ayat ''lam yalid wa lam yulad'' (tidak beranak dan tidak diperanakkan) petikan Surah al-Ikhlas. Kata lam diumpamakan sebagai gapura yang menghalangi sesuatu yang ada di belakangnya. Dalam suluk ini, peristiwa-peristiwa yang terjadi di dunia diumpamakan sebagai pertunjukan wayang kulit, yang dilihat dari berbagai sudut. Ada yang melihat sebagai permainan yang dilakukan Ki Dalang namun menganggap antara permainan dan yang memainkan terpisah. Ada yang melihat antara Ki Dalang dan lakon yang dimainkan tidak terpisah, bahkan melihat bahwa Ki Dalang benar-benar hadir dalam lakon yang dimainkannya. Yang lain lagi melihat bahwa pertunjukan wayang sebenarnya mencerminkan dan mengisyaratkan kewujudan Dalang.
Jika diperhatikan, gagasan utama suluk-suluk Sunan Bonang ialah cinta. Menurut para sufi, cinta merupakan asas penciptaan dan apa yang berasal dari cinta itu baik. Para sufi mengambil gagasan ini dari hadis qudsi, ''Aku perbendaharaan tersembunyi (kanz makhfiy), Aku cinta (ahbabtu) untuk dikenal maka Aku mencipta dan karena itu dikenal.'' Para sufi juga merujuk kepada kalimat Bismilahirrahmannirrahim. Dalam kalimat ini ada dua jenis cinta, yaitu, al-rahman (pengasih) dan al-rahim (penyayang). Rahman adalah cinta yang dzatiyah sebab dilimpahkan kepada semua ciptaannya, tidak peduli orang Melayu, Cina, Jawa, Inggeris, Afghanistan, atau Libya. Sedangkan rahim merupakan cinta wujud, ertinya wajib diberikan kepada orang-orang tertentu yang sangat dicintai oleh-Nya.
Menurut Sunan Bonang, kerosakan di dunia akan bermaharajalela apabila cinta telah lenyap. Di sini cinta sering diidentitikan dengan iman, pengetahuan mendalam, dan dorongan kuat terhadap kemuncak kebenaran. Karena itu, Sunan Bonang berkata dalam Suluk Wujil, ''Jadikan dirimu cinta, agar dapat memandang dunia dengan terang. Kerosakan di dunia ini muncul kerana amal perbuatanmu dan kerana tiadanya cinta yang harus dimiliki ialah yang tidak dapat hancur. Yakni cinta dan makrifat, pengetahuan sempurna.''
Teringat angah akan Kata Guru dan Ayahanda angah, Hidupkan cinta kerna dalam dirimu sudah ada cinta.
<< Makam Sunan Bonang >>
Sunan Bonang wafat pada tahun 1525M. Berhubung Makam Sunan Bonang, terdapat dua pendapat, ada yang mengatakan di Makam Sunan Bonang yang asli di Tuban dan ada yang pendapat yang mengatakan makam asli beliau di Bawean. Namun, majoriti penziarah berkeyakinan maqam Sunan Bonang yang asli terletak di Tuban. Ada kisah menarik bagaimana berlaku khilaf dua lokasi Makam Sunan Bonang.
Dikisahkan, Sunan Bonang wafat di Pulau Bawean. Orang kita sebut, pulau Boyan yakni pulau yang melahirkan keturunan bawean (boyan). Angah pernah sampai di sana dan sempat bermalam 2 malam di pulau tersebut kira-kira 2 tahun yang lepas. Baik, ketika berlangsung acara pemakaman, berlaku perebutan antara murid Sunan Bonang dari Tuban dan muridnya dari dari Bawean. Murid dari Tuban meminta agar Sunan Bonang di makamkan di Tuban atas alasan Sunan Bonang lahir dan sempat berdakwah di Tuban. Akan tetapi murid dari Bawean tidak bersetuju kerana mereka ingin Sunan Bonang dimakamkan di daerahnya kerana Sunan Bonang wafat di sana.
Oleh kerana tiada tercapai muafakat, pemakaman tertangguh. Pada malam hari setelah kewafatan, murid dari Tuban cuba mengambil jenazah Sunan Bonang dengan cara membuat para murid Bawean tertidur (bacaan ilmu membuatkan orang tertidur).
Namun, yang anehnya, menurut pengakuan murid Tuban, yang berhasil diambil hanya kain kafannya. Maka, kedua-dua murid samada dari Tuban dan Bawean telah mengaku memakamkan jenazah Sunan Bonang di tempat-tempat masing.
Lebih aneh, makam di pulau Bawean yang telah digali tetap ada jenazah Sunan Bonang. Menurut cerita, hal itu terjadi kerana pada waktu murid Tuban hendak membawa jenazahnya, salah satu kain kafannya tertinggal dan di dalam kain kafan itu terdapat juga jenazah Sunan Bonang. Yang pasti, makam Sunan Bonang yang terkenal hingga saat ini adalah yang berada di Tuban.
Hanya Allah Taala yang mengetahui kejadian aneh tersebut. Tiada yang mustahil disisi Allah. Bagi para pencinta, Wali memiliki dua makam bukan suatu yang aneh. Itu juga berlaku kepada Syaikh Yussuf Makassar dan Sayyid Jamaluddin Kubro (panjang pula kalau mahu dikisahkan hal ini).
Walau apapun apa jua kisahnya, ia menjadi bukti yang sangat bersejarah Sunan Bonang pernah hidup dan memiliki pengaruh kuat dalam sejarah penyebaran Islam di Jawa. Ia juga lambang kecintaan orang disini terhadap susuk Wali Allah dan Ulama’ yang pernah berjasa kepada mereka.
~Angah~ Jawa Timur