Info Terkini: Beonpush akaun sudah boleh dibeli sekarang! Whatsapp 0102074091

Thursday, 26 May 2016

Takut dan apa yang perlu muslim tahu takut

KITAB: 3 Prinsip Pokok Islam (Mengenal Allah, Rasul dan Islam) dan 4 Kaedah Dasar (Memahami Kesyirikan) - Syarah kitab oleh UIS

BAB: KHAUF, RUGHBAH, RUHBAH, RAJA’DAN TAWAKKAL

i. TAKUT DAN MENGHARAP

KHAUF
Maksud khauf – pengaruh yang lahir kerana khuatir terhadap sesuatu yang boleh membinasakan, membahayakan dan menyakiti. (Sy Uthaymin – Syarh Utshuluts Tsalasah)

DALIL KHAUF (TAKUT):
“…karena itu janganlah kamu takut kepada mereka, TETAPI TAKUTLAH KEPADA-KU, jika kamu orang-orang yang beriman.” (Al-imran: 175)

RUGHBAH, RUHBAH DAN KHUSYUK
Maksud Rughbah – RASA SUKA untuk boleh mencapai apa yang dicintai.
Maksud Ruhbah – RASA TAKUT yang mendorong untuk lari dari perkara yang ditakuti.
Maksud khusyuk – MENGHINAKAN DIRI dan tunduk terhadap keagungan Allah (Sy Uthaymin – Syarh Utshuluts Tsalasah)

DALIL RUGHBAH, RUHBAH DAN KHUSYUK
“Sesungguhnya mereka selalu bersegera dalam (mengerjakan) kebaikan dan mereka berdoa kepada Kami dengan PENUH HARAP DAN CEMAS. Dan mereka orang-orang yang KHUSYU' KEPADA KAMI.”( Al-Anbiya’:90)

KHASYYAH
Maksud khasyyah – rasa takut yang dilandasi ilmu tentang keagungan dan kesempurnaan Dzat yang dia takuti. (Sy Uthaymin – Syarh Utshuluts Tsalasah)

Dalil khasyyah:
“Maka janganlah kamu takut kepada mereka dan TAKUTLAH KEPADA-KU (SAJA).” (Al-Baqarah: 150)

SYARAH: PERASAAN TAKUT ADALAH IBADAH – AMALAN HATI.

Ibadah ada 3 macam – hati, lisan dan anggota. Setiap anggota ada cara ibadahnya.

HATI – ibadahnya adalah perasaan takut
LISAN – ibadahnya adalah seperti berzikir, baca quran dan lain-lain
ANGGOTA – ibadahnya adalah sembahyang dan lain-lain

TAKUT ADA 3 JENIS

1. TAKUT TERJADI SECARA SEMULAJADI seperti lemas, bahaya api, binatang buas dan lain-lain – IA DIMAAFKAN KERANA DATANG SECARA FITRAH.
Seperti kisah Nabi Musa  AS (Al-Qasas:8). Nabi Musa memukul seseorang lelaki dan mati. Nabi musa merasa takut dan sentiasa menanti tentera firaun menangkapnya. Jika sehingga menyebabkan kita meninggalkan suatu kewajibpan atau membuat perkara hara, maka ia adalah berdosa.

2. TAKUT BERBENTUK IBADAH.
Ia mewujudkan perasaan itu sebagai satu bentuk. HANYA BOLEH DITUJUKAN KEPADA ALLAH SWT. Kita wajib dan disuruh takut kepada Allah. Perasaan takut adalah sebahagian daripada ibadah kepada Allah SWT. Jika dialihkan PERASAAN TAKUT KEPADA SELAIN DARI ALLAH ADALAH SYIRIK BESAR.

3. TAKUT KEPADA SESUATU DI ALAM GHAIB SELAIN DARI ALLAH.
Takut kepada penghuni sebuah kubur tertentu. Apabila datang ke kubur tertentu, dia rasa gerun. Atau rasa takut kepada seseorang individu tertentu yang tiada di depan. Apabila disebut nama dan terlintas difikiran tentang orang atau benda tersebut, dia rasa rakut. Masakan orang mati boleh beri mudarat kepadanya atau orang jauh boleh buat apa-apa kepadanya. Ini adalah hal syirik.

TAKUT DI ALAM GHAIB
i. Takut kepada individu yang tiada di depan. Merasa takut apabila disebut nama sehingga wujud gerun, cemas dan takut . Ia adalah syirik .
ii. Perasaan takut tidak keterlaluan atau biasa-biasa kepada hantu (jin/syaitan/makhlus halus)  adalah syirik kecil. Jika keterlaluan sudah jatuh ke syirik besar.

Kita tidak boleh takut kepada syaitan, perlu berani. Bagi alam ghaib, apa yang perlu ditakuti adalah Allah SWT.

CONTOH TAKUT YANG TIDAK DIBENARKAN:

1.  BUDAYA TAKUT-TAKUTKAN ANAK PADA HANTU
Ia satu musibah dalam pendidikan (menyalahi syarak). Ini adalah mendidik anak ke arah syirik dan kufur. Mendidik anak hanya dengan takutkan kepada Allah. Jangan buat jahat nanti Allah marah atau jangan main waktu senja kerana nabi larang.

2. PERASAAN TAKUT APABILA DI PERKUBURAN TERTENTU
Jemaah haji atau umrah yang melawat kubur nabi, tidak semena-mena wujud perasaan takut dalam diri. Bunyi macam bagus tetapi tidak kerana masuk mana-mana masjid adalah rumah Allah. Sepatutnya gementar kerana Allah. Ada kepincangan dan salah faham yang tidak diletakkan pada tempatnya. Tidak perlu  melayan perasaan ini kerana hanya perlu takut kepada Allah semata-mata.  Apa yang ada di dunia ini hanyalah jin (iblis/syaitan/makhuk halus) dan manusia. Kedua-duanya adalah makhluk Allah.

TAKUT KEPADA ALLAH TERBAHAGI DUA.
1. TERPUJI – yang menyebabkan kita melaksanakan yang disuruh dan menjauhi Allah/ Nabi larang.
2. TERCELA -  Menyebabkan putus asa atau putus harap kepada Allah (merasa sempit) sehingga individu tersebut malas hendak fikir seterusnya dia membuat maksiat. Maka, rahmat Allah tidak mungkin datang kepadanya.

ii. INGIN DAN BERGANTUNG

RAJA’
Maksud Raja’ – adalah keinginan manusia untuk memperoleh perkara yang akan didapatkan. (Sy Uthaymin – Syarh Utshuluts Tsalasah)

DALIL RAJA’
“Maka barang siapa mengharap pertemuan dengan Rabbnya, maka hendaklah dia mengerjakan amal yang salehdan janganlah dia mempersekutukan dengan sesuatu pun dalam beribadah kepada Rabbnya (Al-kahfi: 110)

*Rabb – tuhan mempunyai 3 ciri iaitu mencipta, memelihara dan mengurus.

Keinginan yang disusuli sikap tunduk dan rendah diri tidak boleh ditujukan kepada selain dari Allah SWT. Perasaan berharap memperoleh sesuatu selain dari Allah adalah antara syirik kecil atau besar.

BEZA RAJA’ TERPUJI DAN TERCELA
i. Raja’ Terpuji -  Keinginan disusuli dengan melakukan amalan ketaatan adalah terpuji (Mahmud).
ii.  Raja’ Tercela – Keinginan tidak disusuli oleh amalan ketaatan (hanya angan-angan kosong).

TAWAKKAL
Maksud tawakkal  kepada Allah – BERSANDAR KEPADA ALLAH SEBAGAI DZAT YANG MENCUKUPINYA dalam mengusahakan perkara yang bermanfaat baginya dan menolak bahaya (mudarat). Hal ini termasuk kesempurnaan dan tanda-tanda keimanan. (Sy Uthaymin – Syarh Utshuluts Tsalasah)

DALIL TAWAKKAL
“Dan hanya kepada hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu orang-orang yang beriman (Al-Maidah:23)

“Dan barang siapa bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.”(At-Talaq:3)

PERLU ADA PERKATAAN CUKUP. Jika tawakkal kepada Allah dan rasa masih kurang (tidak cukup), maka ia tidak sempurna.

BEZAKAN:
TAWAKKAL ADALAH PERKARA DALAM HATI MANAKALA IKHTIAR YANG KITA AMBIL (PERBUATAN).

PERBEZAAN TAWAKKAL DAN TAWAAKUL
TAWAKKAL – bergantung kepada Allah setelah ikhtiar. Contoh: kita akan kenyang jika setelah makan atau sakit akan ambil ubat.
TAWAAKUL – bergantung kepada Allah tanpa kita ikhtiar (angan-angan). Contoh kita sentiasa beruzlah kepada Allah hingga bab makanan kita berharap ia turun dari langit.

PERBEZAAN TAWAKKAL DAN IKHTIAR
Ikhtiar adalah dengan cara yang dibolehkan syarak. Tawakkal melibatkan hati dan ikhtiar tidak bertentang dengan tawakkal.

Contoh: INSURAN
Adakah ia bertentang dengan tawakkal atau ia termasuk dengan ikhtiar?

Kedua-dua ada hubungan. Dari satu sudut, ia bertentangan syarak keran ada unsur perjudian. Seorang melaburkan wang dalam keadaan boleh jadi untung atau rugi tanpa sebab jelas (nasib semata-mata).

Tawakkal – insuran akan memberi kesan tawakkal kepada Allah dengan perasaan kecukupan.

Orang yang ambik insuran, akan mengalami masalah dalam perasaan ketidakcukupan kepada Allah. Ternyata dia bergantung apa yang berlaku pada masa datang dengan insuran dan bukan kepada ALllah SWT. (KESAN PERGANTUNGAN SEPENUHNYA KEPADA ALLAH)

TAWAKKAL ADALAH MELIBATKAN SESUATU BERLAKU PADA MASA HADAPAN.

Sy Uthaimin membahagikan kepada 4 jenis:
1. TAWAKKAL KEPADA ALLAH – suatu yang wajib. Bergantung kpd Allah semata-mata (kesempurnaan iman)
2. TAWAKKAL KEPADA SESUATU DI ALAM GHAIB SELAIN DARI ALLAH – contohnya berharap kepada orang yang telah mati untuk dapat satu maslahat atau menjauhi satu mudarat – Syirik besar.

Contoh bergantung kpd jin/orang telah mati/wali/orang soleh/nabi saw kerana ada tanggapan makhluk di alam ghaib boleh beri manfaat atau mengurus tadbir alam ini.

3. BERGANTUNG KEPADA SESUATU DALAM APA YANG IA BOLEH LAKUKAN
Bergantung kepada manusia atau alat. Dalam masa sama dia merasakan ketinggian darjat benda yang di bergantung kepadanya dan kerendahan/kehinaan dirinya. MAKA IA ADALAH SYIRIK KECIL.

Contoh: bergantung kepada majikan/bos. Dia yang memberi rezeki. Ia sejenis tawakkal dan aadalah syirik kecil. Jika bergantung atas dasar sebab musabab. Dia hanya perantara untuk peroleh gaji dan yakin yang memberi rezeki kepada Allah semata-mata. Maka, ia tiada masalah

4. BERGANTUNG SESUATU DENGAN APA YANG DILAKUKANKAN OLEH WAKIL TERSEBUT.
Kita wakilkan sesuatu untuk buat kerja bagi pihak kita seperti minta buka pintu atau buka tingkap. Nabi SAW wakilkan sahabat untuk sembelih korban.

KAEDAH MEWUJUDKAN PERASAAN TAWAKKAL SEPENUHNYA (KECUKUPAN)

Perasaan tawakkal tidak boleh dibuat-buat. IA DATANG DENGAN ILMU DAN IMAN. Apabila berilmu, mengenali Allah dengan nama sifat dan ciptaan Allah. Ilmu kita imani dengan pegang sekuatnya, maka disitu akan lahir perasan tawakkal kpd Allah. Iman perlu mujahadah (bukan statik). Iman boleh bertambah (ketaantan) dan berkurang dengan kemaksiatan.

No comments:

Post a Comment