FITNAH DAJJAL
Perkataan Dajjal – maksud (mubalaghah): mendajal, menipu, bohong, sifat berlebihan
BERBOHONG
i. BERBOHONG ADALAH SIFAT PALING KETARA DALAM KESESATAN. Contoh: Bid’ah, syirik, maksiat – adalah jenis-jenis bohong.
ii. BOHONG ADALAH KEJAHATAN YANG DATANG KEPADA MANUSIA DALAM BENTUK BAIK. Jika kejahatan datang dalam bentuk buruk (keras, ganas, hodoh), ia tidak akan diterima oleh manusia.
DAJJAL PADA HARI INI “DATANG KEPADA MANUSIA DALAM BENTUK BAIK”.
1. Perjudian - kini ia datang dalam insuran. Jelasnya ia adalah unsur judi kerana jika sesorang itu mendapat kemalangan, ia akan keuntungan daripada orang lain.
2. Khawarij (bughah) – ia datang dengan nama pembangkang atau barisan alternatif kononnya untuk “check and balance” yang tiada asasnya dalam syariat. Kaedah ini lahir dari kafir yahudi dan nasrani.
3. Riba – Jelasnya riba akan diperangi oleh Allah dan Rasul. Kini, ia dinamakan FAEDAH ATAU DIVIDEN tetapi hasilnya tetap sama iaitu riba.
4. Fasiq dan maksiat – dipandang biasa (normal)
5. Orang agama – dipanggil alim bagi pembuat bid’ah, manakala orang sunnah dilabel keras (wahabi/terorist)
6. Penjajahan British– datang dalam bentuk penasihat kepada Sultan.
7. Sistem pemerintahan demokrasi - memecahbelahkan umat kerana dibawa oleh kafir. Ia dilihat sebagai untuk keadilan rakyat.
8. Perubatan - sebahagian ubat lebih memudaratkan sebaliknya makanan sunnah ditinggalkan.
9. Sukan– Unsur jelas adalah lagha, judi,pembaziran dan pendedahan aurat. Sebaliknya ia dipandang sebagai industri pelancongan, kesihatan dan hiburan.
10. Ahli Bid’ah (pembawa ibadat baru/penambahan dalam agama) – dipandang baik sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) tetapi jelas menyalahi kaedah nabi saw dan sahabat.
11. Demonstrasi – ditegah oleh Nabi SAW untuk berpecah tetapi sekarang ia dilihat sebagai amal makruf nahi mungkar.
12. Nasyid – Jelasnya larangan nabi terhadap muzik dan nyanyian.
13. Berita semasa, media sosial tanpa kawalan/bimbingan – kononnya mengetahui perkembangan semasa tetapi kebanyakkannya berita yang tidak sahih, penipuan atau sangkaan semata-mata.
Firman Allah SWT: “Dan perumpamaan orang-orang kafir adalah seperti pengembala yang memanggil binatang yang tidak mendengar selain panggilan dan seruan saja. Mereka tuli, bisu dan buta, maka (oleh sebab itu) MEREKA TIDAK MENGERTI.” (Baqarah:171)
KESIMPULAN:
Orang yang terkena fitnah dajjal ini adalah kerana mereka mempunyai otak, tetapi tidak menggunakan akal (menyelidiki dan mencari kebenaran). Mereka mengabaikan perintah mengikut quran/sunnah Nabi SAW SEOLAH-OLAH TULI, BISU DAN PEKAK. Sebenarnya mereka sombong dan menipu diri sendiri.
Allah Musta’an.
No comments:
Post a Comment