Info Terkini: Beonpush akaun sudah boleh dibeli sekarang! Whatsapp 0102074091

Thursday, 3 November 2016

Pelbagai Jenis Syirik

⚡ *Syirik Melambangkan Kebodohan*

بسم الله الرحمن الرحيم

🔎Jika kita perhati akhir-akhir zaman ini, kesyirikan telah tersebar luas di masyarakat kita pada hari ini. Tidak cukup itu, malah yang menyebarkan amalan yang di dalamnya berbaur kesyirikan adalah dari kalangan agamawan itu sendiri.

💠Bila suatu najis itu dibalut dengan kain yang indah, cantik dan bersih, sudah tentu orang akan menyangka itu adalah mutiara, sedangkan ia adalah najis. Bila amalan suatu amalan syirik dilakukan oleh para agamawan sudah tentu masyarakat akan melihat ianya adalah daripada Islam, sedangkan ia sebaliknya.

⛏Namun, pernahkah kita terfikir bahawasanya syirik melambangkan kebodohan seseorang itu walaupun dirinya dibaluti serban seberat 10 Kilo.? Cuba kita perhatikan manusia yang sering memakai tangkal, kita cuba lihat keadaan hidupnya apa dia bahagia? Atau sudah menjadi bodoh lantaran percaya dengan ungkapan insan yang bergelar ustaz atau bomoh supaya dia memakai tangkal itu?

💉Kebergantungan hidupnya hanya tertumpu kepada tangkal tersebut, bila mana tangkal itu tidak ada padanya, dia resah, risau dan bimbang kalau-kalau malapetaka akan menimpanya, sedangkan segala kebaikan dan keburukan itu kalau dia sedar adalah hak Allah.

⚠Tidakkah ini melambangkan kebodohan? Mempercayai sesuatu selain Allah, mempercayai tangkal yang mana pembuat tangkal itu adalah manusia sendiri yang serba dengan kekurangan.

🕯Seterusnya, meminta kepada orang yang telah mati, baik orang soleh ataupun Nabi.

🔥Meminta kepada orang yang telah mati yang tidak mampu memberikan apa-apa kepadanya, bukan ini suatu kebodohan?

🔥Bahkan bukan sekadar bentuk kebodohan sahaja, ia juga akan mengajak pelakunya masuk ke dalam neraka jahannam Allah 'azza wa jalla.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya.”
(an Nisa: 48)

🔎Dalam ayat ini terdapat penjelasan yang sangat jelas bahwa orang yang berjumpa Allah dalam keadaan musyrik maka tidak ada harapan baginya untuk mendapatkan ampunan Allah kerana tempat kembalinya adalah neraka dan dia akan kekal di dalamnya. Di dalamnya dia tidak akan mati tidak pula ada keringanan seksa untuknya.

Sebagaimana firman Allah:

“Dan orang-orang kafir bagi mereka neraka Jahannam. mereka tidak dibinasakan sehingga mereka mati dan tidak (pula) diringankan dari mereka azabnya. Demikianlah Kami membalas Setiap orang yang sangat kafir. Dan mereka berteriak di dalam neraka itu: “Ya Tuhan Kami, keluarkanlah Kami niscaya Kami akan mengerjakan amal yang soleh berlainan dengan yang telah Kami kerjakan”. dan Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan? Maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun.”
(Fathir: 36-37)

☝🏻Nabi shallallahu 'alaihi wasallam meninggalkan kita di atas jalan yang benar, aqidah yang mantap dan suci, aqidah yang bersih, terang benderang berpandukan Quran dan Sunnah. Tapi masih sahaja ada manusia yang bodoh, yang masih mengamalkan perbuatan syirik.

💥Bagi mereka(pelaku syirik), kalian diancam oleh Allah 'azza wa jalla dengan ancaman neraka jahannam.

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment