Info Terkini: Beonpush akaun sudah boleh dibeli sekarang! Whatsapp 0102074091

Thursday, 3 November 2016

Masalah bersatu

🇮🇷⚔ *AHLI SUNNAH & SYI'AH BERSATU ?*

1⃣ Masalah yang membabitkan “akar” akidah mustahil untuk disatukan. Dalam surah al-Kafirun sendiri Allah berfirman:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku”.

2⃣ Usaha menyatukan/merapatkan Ahli Sunnah dan Syi’ah bukan perkara baru, bahkan telah lama berlaku...

Pelbagai usaha telah dibuat demi objektif tersebut seperti muktamar al-Najaf yang berlangsung pada tahun 1743 dahulu dan pelbagai pertemuan lagi yang didokong oleh beberapa tokoh kedua-dua belah pihak...Ia bukan perkara baru...

3⃣ Adakah usaha-usaha ini berjaya?

Tidak!
Mengapa??

Kerana masalah “akar” yang kurang diselami dan difahami oleh ramai tokoh-tokoh gerakan yang berusaha merapatkan kedua kelompok ini… Kerana ia bukan melibatkan masalah ranting yang kurang kesannya terhadap “pokok” tersebut, bahkan masalah akar mendasar yang boleh menjejaskan keseluruhan agama…

Ia bukan sekadar isu melupakan sejarah hitam lampau iaitu isu politik peperangan antara Ali RA dan Mu’awiyah RA dan melihat pada masa hadapan, bahkan ia melibatkan masalah tunjang akidah dan amalan hidup harian sebagai muslim

Syi’ah yang kita kenali hari ini bukan Syi’ah yang wujud pada kurun pertama atau kedua dahulu dalam kitab-kitab al-Jarh Wa al-Ta'dil..!

4⃣ Ajaran Syi’ah hari ini bercanggah hampir keseluruhan “akar”nya dengan Ahli Sunnah bahkan pada sumber asas dalam agama itu sendiri iaitu al-Quran dan al-Sunnah..!

Jika kita melihat mereka membaca al-Quran yang kita baca, ketahuilah mereka tidak memahami al-Quran seperti yang kita fahami…

Bahkan mereka menolak separuh lagi sumber utama iaitu hadis-hadis Nabi SAW yang menjadi tiang agama kita… Masakan mereka menerima al-Sunnah jika generasi utama yang membawa al-Sunnah ini iaitu para sahabat RA mereka keluarkan dari agama kecuali sebilangan kecil??

5⃣ Mereka yang memahami disiplin ilmu-ilmu Islam pasti menyedari hampir semua disiplin ilmu-ilmu Syi’ah sangat berbeza dengan kita, baik dari sudut tafsir, hadis, akidah, dan fiqh!

Baca sahaja kitab-kitab induk mereka seperti: Usul al-Kafiy, al-Bihar, Rijal al-Kisysyiy, Tafsir al-Qummiy, Tafsir al-Safiy, dan lain-lain sebagai bukti…

6⃣ Dengan siapa kita mahu bermesra?? Dengan mereka yang meragut kesucian al-Quran??

Dengan mereka yang mencacatkan martabat kenabian Muhammad SAW??

Dengan mereka yang mengkafirkan ibu para mukmin iaitu isteri tercinta Nabi SAW: ‘Aisyah RA??

Dengan mereka yang saban hari melaknat dua sahabat utama Nabi SAW: Abu Bakr dan ‘Umar RA??

Dengan mereka yang mendoakan kemurkaan buat generasi terbaik umat ini iaitu para sahabat Nabi SAW??

Dengan mereka yang melihat syirik itu sebagai tauhid??

Dengan mereka yang sanggup berdusta berpura-pura atas nama agama??

7⃣ Syi’ah adalah agama yang agresif terhadap kita…Mereka menyerang, melaknat, memusuhi hampir kesemua “akar” agama kita…

Mampukah mereka berhenti dari melakukan apa yang yang menjadi keimanan dan amalan mereka saban waktu??

Mampukah kita tersenyum apabila mereka memanggil ibu kita sebagai pelacur?

Mampukah kita mengaminkan doa mereka yang melaknat insan-insan yang paling kita cintai?

Mampukah kita memejamkan mata atas kekejaman maha dahsyat yang mereka lakukan terhadap saudara-saudara kita di Syria, Iraq dan Iran?

Mampukah kita berdiam diri melihat segala macam kerosakan dalam agama yang dilakukan mereka atas nama ISLAM??

8⃣ Saya berpandangan isu sengketa Syi'ah ini bukan seperti agama-agama lain seperti Kristian dan Yahudi...Bahkan lebih dahsyat lagi..!

Hanya satu cara sahaja yang saya lihat untuk "merapatkan" Syi’ah dengan kita iaitu dengan merapatkan Syi’ah kepada kebenaran agama ini…

Bagaimana?? Belajar, belajar dan belajar… Kemudian dakwah!

Persoalannya..

*SEMUDAH ITUKAH REALITINYA??*

✍🏻Penulisan oleh *Ust Kamilin Jamilin*

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1472929386074247&id=100000716003770&refid=52&ref=opera_speed_dial&__tn__=C

No comments:

Post a Comment