Info Terkini: Beonpush akaun sudah boleh dibeli sekarang! Whatsapp 0102074091

Friday, 26 August 2016

Jenis ibadah

Nota Kuliah Utsul Tsalasah Oleh UIS (23/8/2016)

JENIS IBADAH
1. Ibadah hati
2. Ibadah kata-kata
3. Ibadah perbuatan
JENIS IBADAH HATI
1. Doa
2. Raja
3. Ruhbah – rasa takut yang mendorong untuk lari dari perkara yang ditakuti
4. Raghbah – rasa suka untuk beleh mencapai apa yang dicintai
5. Khasyyah
6. Inabah
7. Khusyuk – hinakan diri dan tunduk terhadap keagungan Allah. Orang khusyuk secara zahirnya akan DIAM DIRI / TUNDUK / BERSUNGGUH.

Firman Allah: “ Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka BERDOA kepada Kami dengan HARAP DAN CEMAS. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyuk kepada Kami” (Al-Anbiya:90)

DOA
i. Doa Ibadah
ii. Doa permintaan

DOA IBADAH – semua jenis ibadah adalah doa
Doa (meminta/menyeru/mengajak) adalah perkataan asal kepada dakwah. Secara umumnya, semua ibadah adalah mengharap pahala dari Allah seperti puasa, zakat solat dan sebagainya.

DOA PERMINTAAN – meminta manfaat dan menolak mudarat.
Hal ketaatan – lebih rasa berharap ganjaran syurga Allah.
Hal maksiat – dalam maksiat lebih rasa takut dengan azab neraka Allah

PANDANGAN ULAMAK BERKENAAN RASA TAKUT DAN BERHARAP

PERTAMA: BERHARAP KETIKA MUSIBAH DAN TAKUT APABILA SIHAT
Lebihkan perasaan berharap ketika sakit kerana apabila sakit manusia inginkan kesihatan. Lebihkan perasaan takut ketika sihat kerana perasaan ini akan menjauhkan diri dari maksiat.

KEDUA (LEBIH RAJIH): PERASAAN TAKUT DAN BERHARAP PERLU SEIMBANG

JIKA PERASAAN BERHARAP TERLALU TINGGI, manusia akan SENTIASA BERSANGKA BAIK Allah akan ampunkan dosa. Dikhuatiri akan menjadi seperti orang kristian iaitu merasakan tuhan sentiasa sayang kepada diri. Jadi, boleh melakukan maksiat sesuka hati dan nanti Allah akan ampunkan dosa…semua orang akan masuk syurga kelak.

JIKA PERASAAN TAKUT YANG BERLEBIHAN, akan timbul sikap putus asa. Sikap begini juga adalah rosak kerana manusia sudah tidak mahu melakukan ibadah kepada Allah kerana redha akan masuk neraka. Allah sudah takdirkan begitu.

SIKAP YANG MENGELIRUKAN TERJADI PADA KAUM SUFI DALAM SYAIR:
“Tuhanku..aku tidak layak masuk syurgamu
Namun aku tidak sanggup masuk nerakamu”
Syair yang bercanggah dengan firman Allah dan Rasul supaya bersungguh meminta syurga dan menjauhi neraka kerana manusia tiada pilihan lain untuk selamat kecuali syurga.

KHASYYAH – RASA TAKUT DAN YAKIN dengan ilmu tentang keagungan & kesempurnaan kekuasaan Dzat yang ditakuti. Yakin seolah-olah pernah merasai neraka. Contohnya, kanak-kanak yang pernah kena hukuman rotan dan yang tidak pernah. Kanak-kanak yang pernah kena rotan akan menjadi serik melakukan kesalahan lagi.

“Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama” (QS. Fathir: 28).  Jadi, perlu ada ilmu untuk menjadi orang yang takut kepadaNya.

No comments:

Post a Comment